~ Salam Maulidur Rasul ~

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di dunia ini..bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih bernafas di bumi Allah ini..semua yang ada di bumi ini adalah milik Allah...kita sebagai khalifah di bumi ini seharusnya memanfaatkan bumi Allah ini dengan sebaiknya.. ~Alhamdulillah~

Sekadar perkongsian..entry malam ini berkaitan dengan Maulidur Rasul ataupun Kelahiran Rasulullah..bertemakan Wasatiyyah 
Sebagai umat Islam..sepatutnya semua tahu mengenai kelahiran Nabi yang membawa cahaya serta petunjuk ke jalan yang benar kepada umatnya..sesiapa yang tak tahu ke..terlupa ke..dan ter..ter yang lain nya..saya akan menceritakan serba sedikit mengenai sirah Nabi Muhammad s.a.w.

  • Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 Masihi. 
  • Ketika berusia 5 tahun, dada baginda telah dibedah oleh dua malaikat suruhan Allah untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah.
  • Bapa baginda telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibu baginda pula meninggal dunia ketika baginda berumur 6 tahun, kemudian baginda dijaga oleh datuknya iaitu Abdul Muttalib.
  • 2 tahun kemudian, selepas datuknya meninggal dunia, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib sehingga baginda dewasa.
  • Baginda banyak terlibat dalam perniagaan, seorang yang jujur sehingga menyebabkan seorang janda yang kaya iaitu Siti Khadijah memilih baginda untuk dijadikan suami.


Nama isteri-isteri :

1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)



Nama anak-anak :

1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)


Peperangan yang disertai :

1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk


Pesanan baginda sebelum wafat...

“Wahai umat manusia, dengarlah baik-baik”
“Aku mungkin tidak bersamamu lagi”
“Jadilah insan sesama sendiri, dimana orang-orang yang lemah hendaklah kamu beri makan dan berikan pakaian seperti yang kamu pakai”
“Apabila kamu bertemu dengan Allah s.w.t kelak, orang-orang ini yang akan menghalalkan perbuatanmu”
“Kalian semua yang ada disini hendaklah mengingatkan orang-orang yang tidak ada di sini”
“Kalian semua berasal daripada Adam a.s”
“Dan orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang paling menghormati sanjungan Allah s.w.t”
“Fikirkanlah secara mendalam apa yang Aku katakan”
“Hapuskanlah semua permusuhan”
“Kamu harus ingat bahawa semua orang Islam adalah bersaudara”
“Tidak ada perbezaan bangsa dan taraf di antara orang-orang Islam”
“Janganlah mengambil apa-apa dari saudaramu melainkan yang telah diberi dengan ikhlas”
“Jangan menindas dan jangan pula ditindas”
“Wahai pengikut-pengikutku, Aku hanyalah seorang manusia biasa”
“Mungkin malaikat maut akan mengunjungiku tidak lama lagi”
“Dan Aku akan mati”
“Tapi Aku telah tinggalkan sebuah kitab”
“Wahyu-wahyu Tuhan (Al-Quran)”
“Yang akan menerangi dan memandu kalian”
“Sekarang dia mengulanginya dengan ayat-ayat al-Quran”
“Penutup dan pengakhirannya”
“Bukan kata-kata Muhammad s.a.w tetapi wahyu Allah s.w.t”
“Hari ini aku telah sempurnakan agama ini untuk kalian”
“Dan melengkapkan permurnianku kepadamu”
“Dan telah memilih Islam sebagai agamamu”

Pada 8 Jun 632, ketika berumur 63 tahun Nabi Muhammad s.a.w telah meninggal dunia. Sukar bagi pengikutnya untuk menerima kenyataan bahawa bagaimana seorang Nabi boleh meninggal dunia? Abu Bakar telah berdiri di dalam masjid dan berkata “Barang siapa yang menyembah Muhammad s.a.w biarlah mereka tahu Muhammad telah wafat tapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t, ketahuilah bahawa Allah s.w.t itu masih hidup dan tidak boleh mati”.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan