~ Lega..dah lulus..~

Alhamdulillah..akhirnya aku lulus jugak..debaran yang dari semalam lagi terasa akhirnya aku lulus..Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku hari ini..semestinya orang pertama yang aku bagi tahu berita ini  ialah emak aku..balik ke kolej terus je kol mak..

Dah lulus ni baru lega sikit hati ini..tak payah nak fikir pergi belajar lagi..sekurang-kurangnya lepas ini aku boleh fokus kepada study aku pulak..dan yang paling penting dalam masa terdekat ni aku nak siapkan proposal..kalau di ikutkan penyelia aku..dia nak siapkan tesis ni dalam semester ini jugak..InshaAllah ustaz, saya akan cuba siapkan semampu dan sedaya yang saya boleh..usaha dulu..jangan terus cakap tak boleh...

hehe..k..nak cerita sikit ni..pagi tadikan lepas je keluar dari bilik..memang aku tak berhenti berdoa semoga segala urusan aku hari ini berjalan lancar..semakin nak dekat giliran tu, semakin itulah aku berdebar-debar..akhirnya aku boleh buat dengan baik dan lulus..encik-encik JPJ pun baik hati..Terima Kasih ENCIK JPJ..ngee..semua tanya bila aku nak kahwin..haha..aku tak boleh nak jawap..asal tanya je jawapan aku----> aku gelak je..HAHAHA.. tak boleh nak jawap....

memang stress jugak memikirkan kalau gagal..duit lagi kena keluar kalau gagal..huhuhu...berbaloi jugak aku bernanah telinga masa belajar..rasa nak give jugak dulu masa mula-mula belajar..tapi aku kuatkan semangat..sayang duit dibuang macam tu je..huhu...so, kepada rakan-rakanku yang belum ujian dan yang tengah belajar tu..banyakkan bersabar ye..kena kuat mental..jangan cepat melatah..be strong guys.. ok..nak sambung tangok running man dulu..Assalamualaikum....=)

~ Alhamdulillah.. oh tesisku.. ~

Alhamdulillah..rasa sangat happy hari ini sebab tajuk tesis dah comfirm dengan penyelia..yeaahh.. 
Memandangkan aku ni modul  muamalat dan kewangan Islam..jadi tajuk yang aku buat pun lebih kepada muamalat..nak tau tajuk apa..??? jeng..jeng..jeng...tak nak la bagi tahu..haha...nanti-nantilah bagi tahu k..

N now, aku tengah cari bahan untuk buat proposal..1% pun belum dibuat ini..kepala masih serabut sebab esok ada satu lagi perkara yang akan berlaku dan ianya menakutkan..wuuu...bagi orang yang mengalaminya bersama dengan aku mungkin akan takut kot..bagi yang pro tu mesti korang gelak-gelak kat aku kalau tahu apa yang aku takutkan..huh...~bwekk~

ok..settle dulu perkara esok baru boleh tenang nak buat proposal ni..eh korang..doakan aku lulus esok ek..takut sangat-sangat..Semoga Allah permudahkan segala urusan aku esok..AMIN.. ^_^


~ Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tham-min Bil Hairi ~

**Ya Allah, Kau permudahkan..jangan Kau susahkan, Ya Allah, Kau akhiri dengan kebaikan ~





~ part time job ~

$$$$$$$
adoi..semua duit sekarang ni..pening kepala macam mana nak cari duit..kangkawan pulak banyak yang buat part time..almaklumlaa dah tahun 3 ni kelas dah tak sebanyak masa tahun 1 dan 2..kalau masa tahun 1 dan 2 dulu...mak aii..sibuk sangat-sangat..dari 8 pagi sampai 5 petang kat fakulti je...kelas banyak la katakan..

now, aku dah tahun 3..yeahhh..jadi senior dah..hihi....senior lah sangat..tapi perangai macam budak-budak je..haha...senior ke junior ke itu tak penting..yang penting ukhwah antara kita semakin erat..=)

memandangkan kawan-kawan banyak yang wat part time..ni aku nk promote sikit part time jual topup ni..daripada dok tak tau nak buat apa..baik jual topup..kat universiti ni laku topup k..student sangat-sangat memerlukan topup.." malas nak ke cafe..kedai tutup..topup kat kedai habis "..aaaa..ini lah masa anda menjadi jurujual topup yang terkenal..hahaha..tambahan  pulak aku ni merantau kat sini..kenderaan nak keluar pun susah..nak tumpang kawan segan..huhu..

memang tak sebesar gaji orang lain..tapi lama-lama..dapat jugak untungnya..sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. so, kepada sesiapa yang berminat nak jadi agen topup.. sila klik disini---> disini ..inshaAllah..rezeki Allah itu ada di mana-mana sahaja..usaha dulu..jangan tak usaha dah menyerah kalah....