~ Lega..dah lulus..~

Alhamdulillah..akhirnya aku lulus jugak..debaran yang dari semalam lagi terasa akhirnya aku lulus..Syukur Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan aku hari ini..semestinya orang pertama yang aku bagi tahu berita ini  ialah emak aku..balik ke kolej terus je kol mak..

Dah lulus ni baru lega sikit hati ini..tak payah nak fikir pergi belajar lagi..sekurang-kurangnya lepas ini aku boleh fokus kepada study aku pulak..dan yang paling penting dalam masa terdekat ni aku nak siapkan proposal..kalau di ikutkan penyelia aku..dia nak siapkan tesis ni dalam semester ini jugak..InshaAllah ustaz, saya akan cuba siapkan semampu dan sedaya yang saya boleh..usaha dulu..jangan terus cakap tak boleh...

hehe..k..nak cerita sikit ni..pagi tadikan lepas je keluar dari bilik..memang aku tak berhenti berdoa semoga segala urusan aku hari ini berjalan lancar..semakin nak dekat giliran tu, semakin itulah aku berdebar-debar..akhirnya aku boleh buat dengan baik dan lulus..encik-encik JPJ pun baik hati..Terima Kasih ENCIK JPJ..ngee..semua tanya bila aku nak kahwin..haha..aku tak boleh nak jawap..asal tanya je jawapan aku----> aku gelak je..HAHAHA.. tak boleh nak jawap....

memang stress jugak memikirkan kalau gagal..duit lagi kena keluar kalau gagal..huhuhu...berbaloi jugak aku bernanah telinga masa belajar..rasa nak give jugak dulu masa mula-mula belajar..tapi aku kuatkan semangat..sayang duit dibuang macam tu je..huhu...so, kepada rakan-rakanku yang belum ujian dan yang tengah belajar tu..banyakkan bersabar ye..kena kuat mental..jangan cepat melatah..be strong guys.. ok..nak sambung tangok running man dulu..Assalamualaikum....=)

~ Alhamdulillah.. oh tesisku.. ~

Alhamdulillah..rasa sangat happy hari ini sebab tajuk tesis dah comfirm dengan penyelia..yeaahh.. 
Memandangkan aku ni modul  muamalat dan kewangan Islam..jadi tajuk yang aku buat pun lebih kepada muamalat..nak tau tajuk apa..??? jeng..jeng..jeng...tak nak la bagi tahu..haha...nanti-nantilah bagi tahu k..

N now, aku tengah cari bahan untuk buat proposal..1% pun belum dibuat ini..kepala masih serabut sebab esok ada satu lagi perkara yang akan berlaku dan ianya menakutkan..wuuu...bagi orang yang mengalaminya bersama dengan aku mungkin akan takut kot..bagi yang pro tu mesti korang gelak-gelak kat aku kalau tahu apa yang aku takutkan..huh...~bwekk~

ok..settle dulu perkara esok baru boleh tenang nak buat proposal ni..eh korang..doakan aku lulus esok ek..takut sangat-sangat..Semoga Allah permudahkan segala urusan aku esok..AMIN.. ^_^


~ Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Rabbi Tham-min Bil Hairi ~

**Ya Allah, Kau permudahkan..jangan Kau susahkan, Ya Allah, Kau akhiri dengan kebaikan ~





~ part time job ~

$$$$$$$
adoi..semua duit sekarang ni..pening kepala macam mana nak cari duit..kangkawan pulak banyak yang buat part time..almaklumlaa dah tahun 3 ni kelas dah tak sebanyak masa tahun 1 dan 2..kalau masa tahun 1 dan 2 dulu...mak aii..sibuk sangat-sangat..dari 8 pagi sampai 5 petang kat fakulti je...kelas banyak la katakan..

now, aku dah tahun 3..yeahhh..jadi senior dah..hihi....senior lah sangat..tapi perangai macam budak-budak je..haha...senior ke junior ke itu tak penting..yang penting ukhwah antara kita semakin erat..=)

memandangkan kawan-kawan banyak yang wat part time..ni aku nk promote sikit part time jual topup ni..daripada dok tak tau nak buat apa..baik jual topup..kat universiti ni laku topup k..student sangat-sangat memerlukan topup.." malas nak ke cafe..kedai tutup..topup kat kedai habis "..aaaa..ini lah masa anda menjadi jurujual topup yang terkenal..hahaha..tambahan  pulak aku ni merantau kat sini..kenderaan nak keluar pun susah..nak tumpang kawan segan..huhu..

memang tak sebesar gaji orang lain..tapi lama-lama..dapat jugak untungnya..sikit-sikit lama-lama jadi bukit.. so, kepada sesiapa yang berminat nak jadi agen topup.. sila klik disini---> disini ..inshaAllah..rezeki Allah itu ada di mana-mana sahaja..usaha dulu..jangan tak usaha dah menyerah kalah....




~ penyelia untuk latihan ilmiah ~

Assalamualaikum...

alhamdulillah..akhirnya sesuatu yang ditunggu-tunggu akhirnya menemui jawapan..tengah dok sibuk-sibuk baca komen kat fb..nampak la post dari ustaz adib..ustaz nak jumpa kak dayah, amin & sabri..tertanya jugak aku..kenapa ye..???

rupa-rupanya ustaz nak bincang pasal latihan ilmiah untuk tahun 3 nanti..adosshhh..aku pun dah tertanya-tanya..siapalah penyelia aku ek..huhu..takut aku pulak xda penyelia..lecturer xnak amik aku..uwawaa..[meroyan ke ape aku ni..haha]..xda la lecturer biarkan student cam tu je kan..apalah aku ni....ish..ishh....

aku pun terusla mesej kawan ku nak mengkhabarkan berita ni..terus nak ajak aku pg fakulti..fuhh..pg fakulti ni lah aku malas..nak tunggu bas lagi..almaklumla kolej jauh sangat dari fakulti tambah lagi dengan musim exam ni..memang terasa penyakit M tu nak pergi fakulti..haha..aku fikir la..pasni mesti ada kangkawan yang baik hati post senarai nama..sbb aku baca post di fb yg dia tanya pasal senarai tu..

betul lagi benar tekaan aku..malam tu gak ada kawan ni yang baik hati post senarai nama penyelia di group kami kat fb..[tq ye kawan] hehe...aku dengan perasaan berdebar-debarnye [dup dap dup dap]..download senarai nama tu..akhirnya..aku mengetahui siapa penyelia aku..[dah x berdebar dah]..hihi..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
jeng-jeng..nak tau siapa penyelia aku..?????




Alhamdulillah..aku dapat Ustaz Zamzuri Zakaria..ustaz pernah ajar fiqh muamalat & jinayat..dalam kuliah ustaz macam ok je..tutorial x amik dgn ustaz Zamzuri..so, buat penilaian sendiri mengenai ustaz dalam kuliah je..pandangan aku ---> ustaz nampak baik & ok je dalam kuliah..x tau la kalau pasal latihan ilmiah ni nanti..sekurang-kurangnya aku dah kenal gak ustaz aku..ada sesetengah kawan tu x pernah langsung belajar dengan penyelia diaorg..memang macam-macam respon je ku baca kat fb..ada yang sedih..ada yang happy..ada yang biasa-biasa je..ada yang siap wat jeles kat kwn lain sbb dpt penyelia ok..hihi..[aku gelak-gelak je baca komen diaorg ni] apa-apa pun masing-masing ada pendapat k..hihi..xpe..pasti ada hikmah semua itu..Allah dan tentukan yang terbaik untuk kita semua..jangan bersedih k kawan...senyum...^__^


~ outing with granny ~

Assalamualaikum.....

whoaaaa...terasa lama nya aku tak meng-up-date blog ni..almaklum..sibuk sangat sampai mengalahkan PM kot..kihkih {tau ke Pm kje dia ape}..tetiba je aku ni..hihi...

ok2..so..today, nak cakap pasal granny aku ni...bila sampai UKM ni aku ada seorg granny tau..gojes gitu...comel lote pulak tu..puteh melepak..fuhh...untg siapa yg dapat..so, nak d jadikan cerita..granny aku ni nma penuh dia Nurul Suzaine bt Samad...kwn-kwn semua panggil dia suzen..haha..tapi aku...panggil dia nenek je..hehe...aku pun x ingt peristiwa apa ye yg menyebabkan aku panggil dia nenek..hahaha...{lupa dh nek..sepatutnya cucu lebih kuat ingatan..ni mcm terbalik pulak }..haha...

dia ni..kalau dia tgh bercerita WAJIB tengok muka dia..kalau x...xkan habis cerita dia tu..haha...sampai esok pun dia tahan bercerita..haha..

hari ni kitaorg outing..nak release tension [ KATANYA]..haha...x g jaoh pun..kajang je..hehe...x tau nak buat apa..kitaorg main kat dalam metro kajang je...haha....jalan punya jalan..singgah la kat watsons...punya lama kat dlm watsons semata-mata nk pilih shampoo untuk rambut dia tu..alahai..pompuan kan...sampai satu jam kot kat dalam tu..hahaha...dan satu lagi..rasa x caya pulak harga shampoo tu murah..sampai berkali-kali pg cek kat "price checker"...lepas dia pilih shampoo tu..pg lah ke kaunter..haa..akak kaunter tu pun cakap "dek..ambil lah yang botol besar..ada promotion untuk 3 hari ni je..."
mmg betol la harga dia sbb hari ni promotion kat watsons..apa lagi...tuka pulak..ambik yg botol shampoo yang besar punya...hihihi...xpa..bukan selalu..lagi pun mmg murah la..n tersa menyesal pulak aku beli kat guardian kat bawah tu..dh la mahal..haha..tapi..dah terbeli..pakai je laa...huhuhu...


so..sesiapa yang nk barang murah..meh cepat-cepat g watsons..3 hari je promotion k..sementara promotion masih ada...haha..[mcm iklan dh pulak]..

x sempat nak rakam aksi granny i beli msa memilih shampoo tadi...huu..~sayannnnnnnnnngnya ~


ni lah granny saya..yg sebelah kiri..comel kan..

granny and cucunya..hihihi..


ok deh..sampai ketemu lagi..tadaaa...=)




~ Salam Maulidur Rasul ~

Assalamualaikum...

Salam Maulidur Rasul kepada semua umat Islam di dunia ini..bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih bernafas di bumi Allah ini..semua yang ada di bumi ini adalah milik Allah...kita sebagai khalifah di bumi ini seharusnya memanfaatkan bumi Allah ini dengan sebaiknya.. ~Alhamdulillah~

Sekadar perkongsian..entry malam ini berkaitan dengan Maulidur Rasul ataupun Kelahiran Rasulullah..bertemakan Wasatiyyah 
Sebagai umat Islam..sepatutnya semua tahu mengenai kelahiran Nabi yang membawa cahaya serta petunjuk ke jalan yang benar kepada umatnya..sesiapa yang tak tahu ke..terlupa ke..dan ter..ter yang lain nya..saya akan menceritakan serba sedikit mengenai sirah Nabi Muhammad s.a.w.

  • Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 570 Masihi. 
  • Ketika berusia 5 tahun, dada baginda telah dibedah oleh dua malaikat suruhan Allah untuk membersihkan baginda dari sifat-sifat mazmumah.
  • Bapa baginda telah meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan dan ibu baginda pula meninggal dunia ketika baginda berumur 6 tahun, kemudian baginda dijaga oleh datuknya iaitu Abdul Muttalib.
  • 2 tahun kemudian, selepas datuknya meninggal dunia, baginda dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib sehingga baginda dewasa.
  • Baginda banyak terlibat dalam perniagaan, seorang yang jujur sehingga menyebabkan seorang janda yang kaya iaitu Siti Khadijah memilih baginda untuk dijadikan suami.


Nama isteri-isteri :

1. Khadijah Binti Khuwailid.
2. Saudah Binti Zam’ah.
3. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
4. Hafsah binti ‘ Umar (anak Saidina ‘ Umar bin Al-Khattab).
5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
7. Zainab Binti Jahsy.
8. Maimunah Binti Harith.
9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘ Ummu Al-Masakin ‘ ; Ibu Orang Miskin)



Nama anak-anak :

1. Qasim (meninggal semasa kecil)
2. Abdullah (meninggal dunia semasa kecil)
3. Zainab (berkahwin dengan Abu Al-’As
4. Ruqaiyah (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
5. Ummi Kalthum (berkahwin dengan Uthman bin ‘Affan)
6. Fatimah Al-Zahra (berkahwin dengan ‘Ali bin Abi Talib)
7. Ibrahim (meniggal dunia semasa kecil)


Peperangan yang disertai :

1. Perang Badar
2. Perang Uhud
3. Perang Bani Nadhir
4. Perang Khandak
5. Perang Bani Qurazhah
6. Perang Khaibar
7. Perang Fathu Makkah
8. Perang Hudaibiyyah
9. Perang Tabuk


Pesanan baginda sebelum wafat...

“Wahai umat manusia, dengarlah baik-baik”
“Aku mungkin tidak bersamamu lagi”
“Jadilah insan sesama sendiri, dimana orang-orang yang lemah hendaklah kamu beri makan dan berikan pakaian seperti yang kamu pakai”
“Apabila kamu bertemu dengan Allah s.w.t kelak, orang-orang ini yang akan menghalalkan perbuatanmu”
“Kalian semua yang ada disini hendaklah mengingatkan orang-orang yang tidak ada di sini”
“Kalian semua berasal daripada Adam a.s”
“Dan orang yang terbaik dikalangan kamu ialah orang yang paling menghormati sanjungan Allah s.w.t”
“Fikirkanlah secara mendalam apa yang Aku katakan”
“Hapuskanlah semua permusuhan”
“Kamu harus ingat bahawa semua orang Islam adalah bersaudara”
“Tidak ada perbezaan bangsa dan taraf di antara orang-orang Islam”
“Janganlah mengambil apa-apa dari saudaramu melainkan yang telah diberi dengan ikhlas”
“Jangan menindas dan jangan pula ditindas”
“Wahai pengikut-pengikutku, Aku hanyalah seorang manusia biasa”
“Mungkin malaikat maut akan mengunjungiku tidak lama lagi”
“Dan Aku akan mati”
“Tapi Aku telah tinggalkan sebuah kitab”
“Wahyu-wahyu Tuhan (Al-Quran)”
“Yang akan menerangi dan memandu kalian”
“Sekarang dia mengulanginya dengan ayat-ayat al-Quran”
“Penutup dan pengakhirannya”
“Bukan kata-kata Muhammad s.a.w tetapi wahyu Allah s.w.t”
“Hari ini aku telah sempurnakan agama ini untuk kalian”
“Dan melengkapkan permurnianku kepadamu”
“Dan telah memilih Islam sebagai agamamu”

Pada 8 Jun 632, ketika berumur 63 tahun Nabi Muhammad s.a.w telah meninggal dunia. Sukar bagi pengikutnya untuk menerima kenyataan bahawa bagaimana seorang Nabi boleh meninggal dunia? Abu Bakar telah berdiri di dalam masjid dan berkata “Barang siapa yang menyembah Muhammad s.a.w biarlah mereka tahu Muhammad telah wafat tapi sesiapa yang menyembah Allah s.w.t, ketahuilah bahawa Allah s.w.t itu masih hidup dan tidak boleh mati”.